Jul 6

Apa khabar? :)

Lambat pula kali ini saya update. Maafkan saya. Sibuk mengemas barang2 lama. Tak sangka banyak juga “junk” yang telah dikumpul :D

Pertanyaan yang saya dapat dari saudara Husni,

Salam,
laptop saya kalau sambung kat lcd,gambar di skrin lcd sahaja yang nampak,x nampak di skrin
laptop walaupun dah tekan fn f3,macamana nak soft problem untuk nampak kedua2 skrin.

Untuk membolehkan kita nampak paparan pada kedua2 skrin (laptop dan LCD), bergantung kepada jenis laptop. Contohnya, laptop saya, brand HP boleh paparkan pada skrin laptop dan LCD. Brand Fujitsu pun saya pernah tengok orang buat sebegitu. Saya rasa bergantung kepada berapa lama usia laptop anda berbanding brand. Jika lebih baru laptop, lagi tinggi kebarangkalian untuk boleh dipaparkan pada kedua2 skrin.

Oh ya, untuk pengetahuan, kita memang boleh sambungkan LCD monitor kepada laptop. Selalunya, supaya boleh melihat dengan jelas. Ya lah, skrin laptop kita comel saja :) Lebih puas tengok movie di skrin LCD monitor berbanding skrin laptop.

Sambungkan LCD monitor ke laptop

  1. Sambungkan kabel VGA LCD monitor kepada VGA port di laptop
  2. Sambungkan juga kabel kuasa monitor kepada punca elektrik dan hidupkan monitor.
  3. Gambar akan muncul secara automatik di skrin monitor, atau boleh  jadi juga anda perlu tekan sesetengah kekunci keyboard untuk menukar gambar kepada skrin monitor. Lihat pada kekunci keyboard laptop, dan cari gambar monitor. Selalunya pada kekunci F3, F5, F8 atau F9. Jangan lupa tekan kekunci Fn bersama2 kekunci monitor tersebut.

Contoh VGA Port di Laptop

Contoh VGA port di laptop

Selamat mencuba!! :)

PS: En Zainal Ali bin Suhaimi, minta tolong hubungi saya. Boleh guna ruang “Hubungi Saya” di bahagian atas. Jangan lupa sertakan alamat email yang betul. Terima kasih!

Tips-Tips Komputer Yang Lain

Jun 29

Berapa markah anda?

Posted by waidakmy

Apa khabar? :)

Bagaimana cuti hujung minggu anda? Cuti hujung minggu saya pula sibuk dengan kenduri dan karnival heh. Sekali sekala bawa adik2 berjalan2 :)

Apa kata ceriakan baki hujung minggu anda dengan bermain game ini?

Game Tekan Spacebar Sampai Hancur!!

Mudah saja game nya. Berapa kali anda mampu tekan spacebar anda dalam 5 saat? 10 saat? atau 20 saat?

Saya cuba yang 5 saat saja. Takut pecah pula spacebar tu pecah nanti :P . Markah yang saya dapat paling tinggi setakat ini 38. Rekod paling tinggi 86 kali dalam masa 5 saat tu!! Siapa la yang buat tu..

PS: Tak sangka pula Bill Gates dah meletak jawatan CEO nya dari Microsoft. Berita penuhnya boleh didapati dari sini.

Tips-Tips Komputer Yang Lain

Jun 22

Apa khabar? :)

Sepatutnya saya tulis post ni Jumaat lepas. Tapi ralit pula main game Sherlock Holmes: The Case of The Silver Earrings :P . Ya, saya memang penggemar game Role Playing Game (RPG). Oh ya, jika anda pun penggemar RPG macam saya, dapatkan hint untuk walkthrough game dari UHS. Yang bagusnya UHS ni, tak perlu baca keseluruhan walkthrough, hanya perlu klik link berkaitan untuk dapatkan hint tertentu. Biasalah kan, main RPG ni selalu ter’stuck’ heh, sekali sekala mesti cari hint juga kan? ;)

Ok, tips kali ini tentang macam mana kita nak sorokkan fail2 rahsia kita dari pandangan umum ;)

Ada 2 cara yang saya tahu. Tambahan 1 cara lagi, saya baru belajar bila melawat website saudara Jebat ni. Menarik juga cara Jebat ni. Memandangkan Jebat dah tulis lengkap siap dengan gambar, tak perlu lah saya ulang lagi di sini. Saya dah pun cuba, memang menjadi! :) Malangnya hanya untuk pengguna desktop. Trik ini tak menjadi untuk laptop. Nak tahu kenapa, kena baca juga di ruang komen post terbabit ;)

2 cara yang saya tahu, salah satunya menggunakan perisian. Ini biasa saja saya rasa. Hanya taip “folder lock software” di Google, mungkin boleh dapat, sama ada berbayar atau percuma. Saya kurang gemar cara ini sebenarnya, kerana ia akan mewujudkan satu masalah lain pula. Iaitu, masalah terlupa password, kerana selalunya, perisian folder lock sebegini gunakan konsep “encrypt” dan password.

1 cara lagi, konsepnya senang saja tapi taklah dapat sembunyikan folder anda seratus peratus, kerana masih boleh diketahui jika seseorang itu tahu caranya. Namun, jika setakat hendak elakkan anak2 atau kawan2 yang terlebih sibuk, cukup saja dengan cara ini :)

Cara sembunyikan fail atau folder

  • Klik kanan pada folder dan pilih “Properties”
  • Pada menu “Properties”, pada bahagian “Attributes”, klik pada kotak “hidden”
  • Klik “Ok”

Anda akan dapati folder anda akan tersorok pada pandangan anda. Oh ya, bagaimana anda sendiri nak buka folder itu?

2 cara juga :)

  1. Taip nama folder pada ruang “Address” di bahagian ruang atas di mana folder itu berada. Katakan folder yang disorok itu bernama “rahsiaXX” dan berada di drive D:/. Masuk ke drive D:/ seperti biasa, dan taip “D:/rahsiaXX” di ruang “Address”. Folder “rahsiaXX” akan terbuka.
  2. Atau, tukar setting folder kepada “Show Hidden Folder”

Cara setting “show hidden folder”

  • Buka mana2 folder
  • Pilih menu “Tools” dan klik “Folder Options”
  • Pilih tab “View” dan pada menu “Advanced Settings”, cari pilihan “Hidden files and folder”
  • Klik pada “Show hidden files and folders” dan klik “Ok”

Anda akan dapati, folder yang anda sorok awal tadi, akan muncul. Tapi, ada sedikit perbezaan dengan folder lain. Folder yang disorok atau hidden folder, warnanya agak kabur sikit berbanding folder biasa. Untuk sorokkan kembali, jangan lupa tukar setting kepada “Do not show hidden files and folders”.

Itu saja :)

Tips-Tips Komputer Yang Lain

Jun 14

Salam mesra semua :)

Penat tapi enjoy!! Saya baru saja balik dari kursus “Defensive Driving” di Johor Circuit. Harap2 jadi pemandu yang lebih baik dari sebelum ni :D

Akhir2 ini, selalu dengar cerita duit dalam akaun bank hilang melalui internet. Bagus bila ada liputan sebegini, sekurang2nya orang berjaga2. Tapi, saya cuma fikir, sayang, sebab tentunya akan menakutkan orang yang belum atau baru nak berjinak2 dengan transaksi bank online.

Alhamdulillah, selama 2 tahun guna servis ini, tak pernah terjadi apa2 lagi. Yang penting, anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk elakkan terjadi kes2 sebegini. Kesilapan2 yang saya perasan dalam kes sebegini,

Login ke akaun bank online melalui link dalam emel

Jangan sekali2 login ke akaun bank anda melalui emel. Bank di Malaysia jarang berurusan dengan pelanggan melalui emel, selalunya melalui surat. Ini yang dikatakan phishing. Walaupun link yang diklik seakan2 sama rekabentuknya, jangan login juga. Jika sudah ter”login”, cepat2 tukar password. Cara selamat, sentiasalah hafal alamat website bank terbabit. Jadi, taip di browser dan login melalui situ. Tak pun, taip nama bank di Google atau Yahoo terlebih dulu untuk dapatkan alamat website bank.

Benarkan orang lain daftar akaun online untuk anda

Ini paling bahaya. Memang sedikit leceh kerana anda perlu daftar nombor handphone dan dapatkan 6 digit nombor sekuriti dari mesin ATM. Namun, biar leceh tapi selamat, dari senang tapi duit lesap. Daftarkan handphone adalah penting kerana anda perlukan nombor TAC untuk setiap kali transaksi online. 6 digit nombor sekuriti pula adalah untuk pertama kali login.

Apa yang terjadi, mereka yang ‘baik hati’ mendaftarkan untuk anda, gunakan 6 digit nombor ini untuk membuka akaun bank anda secara online. Kemudian, mencipta login name dan password yang sudah semestinya anda tidak tahu. Lebih buruk lagi, telah daftarkan telefon mereka terlebih dulu. Dah jadi begini, selamat jalan sajalah duit dalam akaun bank tu…

Sentiasa berhati-hati

Jangan pula anda cuak. Yang penting, anda kena sentiasa amalkan prinsip berhati2, lebih2 lagi yang melibatkan duit. Juga, sentiasa amalkan “clear cache dan history dalam browser” :) . Cara ini lebih perlu dilakukan jika anda online melalui komputer di tempat awam contoh cyber cafe (CC).

Cache - Tempat simpanan sementara. Semasa anda melayari sesuatu website, komputer akan simpan data website ke dalam komputer dalam subfolder Cache (yang berada dalam folder IE atau Firefox). Jika lain kali anda melayari website yang sama, browser akan ambil data yang disimpan dalam Cache bukan dari server asal. Konsep ini digunakan untuk mencepatkan loading sesuatu website.

History - Senarai laman web yang telah dilawati anda.

Clear Cache Dan History Di Internet Explorer (IE)

Nota - Saya gunakan IE versi 6

Cache

  1. Pilih menu “Tools” dan klik “Internet Options”
  2. Di menu “Internet Options”, pilih tab “General”
  3. Klik pada “Delete Cookies” dan klik “Ok”
  4. Klik pada “Delete Files” dan klik “Ok”

History

  1. Sama langkah seperti di atas sehingga no 2
  2. Klik pada “Clear History” dan pilih “Yes”

Setelah selesai buang data Cache dan History, pastikan tekan “Ok” pada menu “Internet Options”

Clear Cache Dan History Di Firefox pula

Ini mudah lagi :)

  1. Pilih “Tools” dan klik “Clear Private Data”
  2. Jika anda hanya mahu clear Cache dan History, tanda (/) pada Cache dan Browsing History saja. Jika tidak, tandakan semua pun ok
  3. Klik butang “Clear Private Data Now”

Selesai…

PS: Asniz, belum dapat lagi saya ceritakan tentang RAM :) tengah fikir2kan apa yang perlu diceritakan…

Tips-Tips Komputer Yang Lain

Jun 8

Minyak Oh Minyak…

Posted by waidakmy

Salam sejahtera semua :)

Lemau rasanya memikirkan kena kembali bekerja di KL, hmm, baru 3 minggu di Johor dah jadi begini haha. Tak suka rasanya bila perlu bersesak dengan orang dan kereta semula, aduh.

MInyak Oh MInyak

Minggu ni memang tak ada topik lain rasanya, tak kira lah kat suratkhabar atau blog atau forum. Topik minyak naik mendadak. Jujur saya katakan, saya tak perasan pun tentang pengumuman tu kalau tak diberitahu oleh kawan heh. Tapi, tak adalah saya beratur. Rasa membuang masa pula mahu join2 beratur membeli minyak di saat akhir. Saya diberitahu, sesak juga lah stesen minyak masa saya di Teluk Ramunia tu, walaupun kecil saja stesen minyak nya.

Minyak naik!!, siapa untung..siapa rugi?

Tips Penjimatan Petrol (secara realistik)

Harga Barang Naik, Usaha Kena Naik juga..

Tiada Idea?

Hmm, dah ke arah merepek saya ni. Sebenarnya, saya tengah ‘writer’s block’, tiada idea nak tulis tips apa kali ini untuk tatapan anda semua. Selepas saya bloghopping pun, masih tiada idea yang terlintas huhu. Jadi, saya kongsikan saja apa yang saya baca di blog orang tadi :)

Terlupa password Windows?

Bagus cara dari MK ni. Saya pun pernah jadi macam ni juga. Terlupa password yang saya pasang. Tapi, malangnya, benda ini terjadi sebelum saya baca cara MK ni :) Dah selamat lah format komputer jadinya.

Terlupa password windows? Reset password anda dengan…

Game Cash Flow 101

Berbalik pada cerita minyak, penyelesaian saya sendiri mudah saja. Live below the means :) Oh ya, jika anda sering terasa tak cukup duit, apa kata anda sertai saya bermain game uruskan duit di SM Learning.net? Saya ada 1 tiket ekstra (menang pertandingan di blog Pakdi) untuk ke game ini. Jika berminat, jangan lupa hantar emel kepada saya, (isi pada ruang “Hubungi Saya”) dengan tajuk “Cash Flow 101: Saya berminat!” dan ceritakan kenapa anda perlu mendapat tiket percuma ini :) Oh ya, kos pengangkutan ditanggung oleh anda sendiri (boleh naik LRT, jangan risau :) )

PS: Saya tahu entri kali ini tidak berkisar ke komputer…

Tips-Tips Komputer Yang Lain

Work at Home Job Leads
Regularly updated work at home job leads in a wide range of categories.